|
Cara Kahwin di Thailand
Berikut ialah cara untuk kahwin di Thailand bersama kami
- Sediakan kad pengenalan, pasport (masih ada tempoh sah sekurang2nya 6 bulan) atau pas sempadan (bagi penduduk Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak sahaja)
- Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
- Bawa kamera atau handphone yang ada fungsi videocam yang jelas. Videocam ini akan digunakan untuk merakamkan akad nikah, untuk tatapan hakim mahkamah syariah waktu pengesahan nikah di Malaysia nanti
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba disana sekitar pukul 8:00 pagi - 9:00 pagi, kalau boleh. Atau ambil penerbangan ke Hat Yai dari Kuala Lumpur untuk tiba disama pukul 12:15 tengah hari waktu Thailand.
- Kami akan bawa dari Bukit Kayu Hitam atau airport Hat Yai ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk akad nikah
- Selepas akad nikah, MAIS akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
- Sesudah itu, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS kepada Konsulat, tapi simpan surat nikah
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari
- Lepas makan, boleh bersiar-siar sekitar Songkhla atau kami akan hantar ke mana-mana hotel di Songkhla atau Hat Yai. Kami boleh bantu carikan hotel yang sesuai
- Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Perhatian: Konsulat cuma buka pada hari Isnin - Jumaat. Ambilkira fakta ini dalam merancang perjalanan ke Siam
- Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula pasangan ke Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang ke Malaysia
Bayaran untuk pakej diatas ialah RM1,800. Pasangan perlu menyediakan maskahwin yang bersesuaian.
Pakaian untuk akad nikah hendaklah sesuai dengan pakaian dalam masjid, sebab pejabat MAIS terletak dalam masjid
|