|
Pakej Nikah di Thailand
kami menawarkan lima pakej untuk nikah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, seperti berikut:
|
|
Pakej 1: Bermalam di Songkhla untuk Surat Pengesahan Konsulat (Harga Pakej: RM1,800)
Pakej ini membolehkan pasangan mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia sebelum kembali ke Malaysia
- Nikah dan dapat surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis pada hari pertama
- Serahan surat pengesahan MAIS ke Konsulat pada hari pertama
- Bermalam di Songkhla
- Dapat surat pengesahan Konsulat pada hari kedua
- Makan tengah hari untuk dua hari (pasangan dan 2 orang pengiring sahaja)
- Kembali ke Bukit Kayu Hitam pada hari kedua
- Tiada caj tambahan untuk 1-2 orang pengiring
- Dikenakan caj tambahan untuk pengiring tambahan, jika ada
|
|
Pakej 2: Balik Hari - Tiada surat pengesahan Konsulat (Harga Pakej: RM1,600)
Pakej ini bagi mereka yang tidak memerlukan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, seperti pasangan warganegara Brunei, Singapura atau Indonesia, atau pasangan Malaysia yang takut berlaku zina dan ingin menghalalkan hubungan sebelum berkahwin semula di Malaysia pada suatu masa akan datang.
- Boleh pergi pada mana-mana hari, termasuk hujung minggu
- Nikah dan dapat surat nikah, dan surat pengesahan nikah dari MAIS, pada hari yang sama
- Balik ke Bukit Kayu Hitam selepas nikah
- Tiada caj tambahan untuk 1-2 orang pengiring
- Dikenakan caj tambahan RM300 (sewa van) untuk lebih dari 2 orang pengiring
|
|
|
|
Pakej 3: Balik hari (hari bekerja) dan kami hantar Surat Pengesahan Konsulat (Harga Pakej: RM1,900)
Pakej ini bagi pasangan yang tak boleh bermalam di Songkhla, tapi boleh datang pada hari Isnin - Jumaat. Kami akan hantar surat Konsulat melalui Pos Laju.
Kandungan pakej sama seperti Pakej 2, kecuali:
- Serahan surat pengesahan MAIS ke Konsulat Malaysia
|
|
Pakej 4: Balik hari (hujung minggu) dan kami hantar Surat Pengesahan Konsulat (Harga Pakej: RM2,100)
Pakej ini bagi pasangan yang tak boleh bermalam di Songkhla, dan hanya boleh datang pada hari Sabtu atau Ahad. Kami akan hantar surat Konsulat melalui Pos Laju.
Kandungan pakej ini sama seperti Pakej 2, selain penghantaran surat Konsulat melalui Pos Laju. |
|
|
|
Pakej 5: Nikah sambil Melancong, dan kami hantar Surat Pengesahan Konsulat (Harga Pakej: RM2,200)
Pakej ini bagi pasangan yang ingin nikah sambil melancong, pada hujung minggu. Pasangan boleh pergi ke Songkhla pada hari Sabtu dan balik ke Malaysia pada hari Ahad. Pakej termasuk:
Hari Sabtu:
- Nikah, dapat surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis pada hari pertama
- Makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla
- Bersiar-siar di pantai Songkhla di sebelah petang hari pertama
- Melawat pasar terapung pada waktu senja/malam
- Bermalam di Songkhla (hotel 3 bintang)
Hari Ahad
- Melawat air terjun Hat Yai pada pagi hari kedua
- Membeli belah di Hat Yai
- Makan tengah hari di kedai makanan Islam di Hat Yai
- Kembali ke Bukit Kayu Hitam
Dikenakan caj tambahan RM200 untuk setiap pengiring, jika ada
|
|
|
Sila maklum bahawa surat dari Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, bukan di Yala atau Narathiwat. Tidak ada konsulat Malaysia di Yala atau Narathiwat. Surat dari Konsulat Malaysia ini perlu disertakan dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Tanpa surat ini, proses pengesahan nikah di mahkamah syariah akan menjadi susah.
Sebagai contoh, sila lihat senarai dokumen yang perlu diserahkan untuk pendaftaran di Selangor |
|
 |
Kos diatas termasuk:
- pengangkutan pergi-balik untuk 2 orang dari Bukit Kayu Hitam, termasuk semua pengangkutan yang diperlukan di Songkhla.
- Kos akad nikah, seperti bayaran kepada jurunikah, saksi dan pengeluaran surat nikah oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS).
- Bayaran kepada MAIS untuk pengeluaran surat pengesahan nikah kepada Konsulat Malaysia
- Bayaran kepada Konsulat Malaysia untuk surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
- Lain-lain kos berkaitan urusan diatas.
- Makan tengah hari (pasangan dan 2 orang pengiring sahaja)
 Air Terjun di Hat Yai |
Food Court Islam di Hat Yai |
Konsulat Malaysia ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.
Sekiranya memandu kereta sendiri, sila bawa bersama surat hakmilik kereta. harga kami tidak berkurangan, sekiranya pasangan memandu kereta sendiri ke Thailand.
Bayaran, dalam bentuk tunai, hendaklah dibuat setelah tiba di pejabat MAIS dan sebelum akad nikah di MAIS. Duit ini akan diperlukan untuk membayar kos yang terlibat, seperti bayaran kepada jurunikah, saksi, MAIS dan sebagainya.
Maskawin tidak termasuk dalam jumlah diatas. Nilai maskawin bergantung kepada pasangan. RM100 pun boleh.
Akad nikah akan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) yang bertempat di Masjid Hat Yai, Jalan Klonghae. Naib kadhi yang menjadi jurunikah akan bertindak sebagai wali hakim jika perlu. Saksi akan disediakan di sana.
 Kucing dan Tikus di Pantai Songkhla |
Ikan Duyung di Pantai Songkhla |
MAIS tidak membenarkan pasangan dari Malaysia untuk bernikah dimana-mana tempat selain Pejabat MAIS di Hat Yai. Pernikahan pasangan Malaysia yang berlangsung diluar Pejabat MAIS tidak akan diiktiraf oleh MAIS, dan, dengan itu, surat pengesahan dari Konsulat Malaysia tidak akan diperolehi.
Sila bawa kad pengenalan dan pasport/pas sempadan. Bakal isteri harus membawa surat cerai, jika berkenaan.
Pasangan dinasihatkan untuk membawa kamera yang ada fungsi videocam, supaya proses akad nikah dapat direkodkan sepenuhnya, untuk tontonan hakim di mahkamah syariah nanti, dalam proses pengesahan nikah di Malaysia.
|